Tuesday 19 July 2011

REHAT AGAK LAMA

Rehat agak lama dari membuka BLOG ini.

Sebab-sebab banyak sangat.

Antaranya:

PERHIMPUNAN BERSIH : Walaupun tak attend tapi memberi impak yg agak kuat juga.

EX PRIMARY SCHOOL GATHERING: Wonderfull moments for all of us. Plan utk 3 org , tiba tiba  dah jadi ramai, walalupun tak ramai sgt, tapi o.k lah selepas 28 tahun.

MASALAH DALAMAN : Masalah keluarga. Keluarga mana yg tidak menghadapi masalah kan?


Byk masalah tak selesai lagi .

BLOG NI DAH JADI MACAM LEBIH KURANG PERSONAL DIARI PULAK EKK.

Tuesday 21 June 2011

Fi Zikr: Mengapa Yahudi Bijak?

ARTIKEL INI  SAYA AMBIL DARI http://cintaagung.blogspot.com
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Catatan kajian daripada Thesis Dr. Stephen Carr Leon mengungkaikan misteri tentang bangsa terpilih ini. Kita selidiki sama-sama, dan tidak menjadi salah untuk kita praktikkan di dalam kehidupan kita.

Kenapakah Yahudi Bijak ?? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir, apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adab resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang matematik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak”  Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak. Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu.

Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah .. tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.




Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak-anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!


Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yang bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi kurang bijak? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! Dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapamereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka dipertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Semoga bermanfaat.

Kredit kepada: http://mahmudshah.wordpress.com

Wednesday 15 June 2011

13 Wasiat Rasulullah


RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh  dijadikan  bahan  renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib. Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita  sebagai  Muslim  dan   muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum  Muslimindan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama  orang beriman
                Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
                Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  “Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
                Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:”
1. Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)  tanpa  memakai kain  separas  pinggang.    Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat   mandi  tanpa  kain separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal’un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah’.  Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba-Nya  yang  melafazkan istighfar:  “Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul-zunuba  illa  Anta”   ( Tuhanku,  ampunilah  aku.    Sesungguhnya tiada   yang    mengampunkan   dosa  melainkan  Engkau).   Allah lalu berfirman:  “Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada  yang mengampunkan  dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia”.
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu  menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai  kazzab (pendusta).  Dan,  bahawasanya  benar  itu  memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.   Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan  menjadi  penghalang  kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita-citakan  rezeki  untuk  hari  esok.  Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan  berkelahi  dengan  maki-hamun  dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.   Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,  duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas hamba-Nya.   Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau  nafkahkan  untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga  pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau  kasihkan juga  pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman.   Dengan itu, engkaudikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung  dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa  persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah
Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing

Thursday 2 June 2011

OLEH DINAR EMAS (FACEBOOK) COPY PASTE JE

Artikel ini kami hadiahkan kepada mereka yang membenarkan ayat-ayat Allah,
baik bagi mereka yang sudah sedia dalam Islam,
atau anda yang sedang memahami ajaran suci Islam.
Siri artikel ini kami tujukan juga kepada mereka yang masih terawang-awang dalam memikirkan,
mengapakah dunia hari ini semakin "carca-merba" & serba rumit,
dengan semua signal2 yang Allah hadirkan,
sebagai asbab dari beribu2 cabang ujian untuk umat Muhammad,
yang hari ini bolehlah kami labelkan sebagai pecahan molekul < FITNAH AKHIR ZAMAN>.

Artikel Yang Bertajuk <Kerajaan Digital & Duit Digital>
adalah dilepaskan ke dunia ini dalam Bahasa MELAYU dengan 1 sebab sahaja...
supaya mereka yang sempat melihat artikel ini...
diberi pula kesempatan untuk membuat 1 persediaan besar terhadap kedatangan 3 Al-Masih.
Menjadi tanggungjawap andalah,
untuk menyebarkan Artikel kali ini kepada bacaan umat manusia yang memahami Bahasa Melayu,
supaya dengan kesedaran akal yang telah Allah ciptakan untuk anda ini,
dapatlah anda niatkan untuk menyelamatkan seramai mungkin
sanak saudara anda dari kejatuhan ekonomi SKALA BESAR tak lama aje lagi,
kami pecahkan KOD-KODnya dengan jalur-lebar situasi dunia hari ini,
dengan siri rantaian yang amat rapat...
dengan 2 kitab yang kalau anda ikut secara PATUTNYA & PENCERAHAN yang "TEPAT",
maka tiadalah anda sesat buat selama-lamanya,
inilah yang ingin apa kami namakan...
atau apa yang ingin kami sebut iaitu ayat2 "FUTURE"
melalui catatan agung Al-Quran & Al-Hadis,
yang sedang kami lempiaskan dalam Siri Artikel ini...
dengan bagaimana ingin mengaitkannya dengan jaringan matriks mulai tahun 2011 & tahun 1432.


Artikel nombor 3 terkandung 1 kajian yang telah pun TERBUKTI.
Baiklah...
sebelum anda melihat secara LIVE bagaimana kami menggunakan Al-Quran & Al-Hadis
untuk memecahkan kod-kod akhir zaman dengan 2 tapisan KITAB agung ini,
sukalah kiranya kami ingin meletak BOM NUKLEAR di dalam minda anda,
supaya anda dengan segera kami bangkit untuk sama2 kita menyelamatkan keadaan.
tolong BANGUN !!!
Kita dah takde masa...!!!
Mari kita lihat hadis ini...


///////////////////////////////////////////////////////////////
Abu Bakar Ibnu Abi Maryam  melaporkan,
bahawa beliau mendengar Nabi  Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman...
di mana tiada apa yang bernilai...
dan boleh  digunakan oleh umat manusia.
Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan
[ Hadis  dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]
suatu zaman = zaman kita hari ini
///////////////////////////////////////////////////////////////


Tuan-puan semua...
kalau pun hadis di atas ini berSTATUS daif sekali pun, 
kenapa kata2 hadis ini berkesudahan BETUL 100% ???
Anda hendak labelkan kami sebagai peramal untuk selama2nya ?
Atau sebenarnya anda sedang menuduh Nabi Muhammad kaki peramal melangkaui ribuan tahun ?



FASA PEMBUKTIAN SECARA LANGSUNG:
Mari kami buktikan mengapa KAJIAN KAMI SENTIASA TERBUKTI dan dicemburi oleh musuh & anjing.
Tahukah anda...
Ketika artikel ini dilepaskan kepada dunia, 
teks dilepaskan pada tarikh = 01 Jun 2011 (Rabu)
Pembuktian teori kami telah berlaku pada hari semalam pada tarikh = 31 May 2011 (Selasa)
Yuk...
Kita mulakan Artikel Bertajuk:
((( Kitab Memintas Al-Masih Dajjal )))
3/13 = Kerajaan Digital & Duit Digital

Merujuk kepada Salam Peringatan kami di alamat bawah,
Setiap Salam Peringatan Kami yang TAJAM...
hanya kami lepaskan pada hari RABU !!!
AMARAN TELAH LAMA KAMI BEBASKAN:
Amaran_1 Di Website,
sila rujuk alamat ini & tarikhnya pula:
Amaran_2 Di Facebook,
sila rujuk alamat ini & tarikhnya pula:
---------------------------------------------------------------------------------
KAJIAN MENJADI REALITI
(selepas 7 bulan dilepaskan):
Pembuktian_1)
penanda aras kami telah pecah:
Pembuktian_2) 
Perdana menteri Malaysia ingin merasmikan sistem DIGITAL
Pembuktian_3) 
SURATKHABAR THE STAR, hari ini telah melaporkan:
sila ke di alamat ini segera,
--------------------------------------------------------------------------
Pembuktian_4 (iaitu HARI INI = 01 June 2011)
Dan tuan-puan semua,
rujuk komen kami di alamat ini,
Perhatikan komen kami yang ke-2,
kami ada melepaskan tanda-tanda iaitu...
KLU PENTING KEJATUHAN SISTEM DUIT KERTAS,
tahukah anda pada tarikh tersebut,
ini yang kami tulis:
KLU PENTING KEJATUHAN SISTEM DUIT KERTAS:
- pengurup2 wang sekitar KL sudah tidak terima wang USD !!!
bank-bank di Malaysia akan bergabung (tak lama aje lagi)
- bank yang diGABUNGkan itu = sebenarnya BANKRAP
- contoh lebih ketara, emas tidak lagi boleh dipajak di BANK !!!
(semua di atas telah kami AMARANkan sejak tahun 2010, dan semuanya menjadi kenyataan SEMALAM)
Semalam = 31 May 2011


Pembuktiannya ?
Kami Nak TEKANkan di sini...
- bank2 Malaysia akan digabungkan sebagai tanda dekatnya SISTEM DUIT DIGITAL
- kehadiran SISTEM DUIT DIGITAL membawa maksud sistem duit kertas mesti diHAPUSkan melaluiglobalisasi
- maknanya, kerajaan MELAYU faham yang USD anytime boleh hancur (rujuk penasihat kami, Dr. Mahathir)
- kejatuhan USD = kejatuhan sistem duit kertas (rujuk mentor kami, Sheikh Imran Hosein)
- apabila jatuhnya sistem duit kertas, maknanya ekonomi dunia lumpuh serta merta, SERENTAK.
- sila rujuk jaringan matriks yang kami pecahkan di alamat www.facebook.com/note.php?note_id=203512496338110
- ingat, genius2 MELAYU adalah manusia terHANDAL dunia dalam urus tadbir ekonomi (rujuk Alter Terahsia)
- untuk mengelakkan bumi EMAS ini hancur & huru hara akibat ekonomi, agenda tersusun mesti dibuat.
- tiada 1 bank kecik boleh survive sekiranya kejatuhan TOTAL sistem duit kertas berlaku (tak lama lagi)
- untuk membuktikan GENIUS MELAYU sehandal era Sriwijaya & Majapahit
- tidak ada 1 bank di Malaysia bankrap di saat EKONOMI GAWAT berlaku tahun 1997 & 1998
- tetapi ingat, tahun 2006 & 2007 menyaksikan lebih 200 bank di USA bankrap walaupun tidak segawat 1997 & 1998
- ini bermakna bank2 kecik (pada mata GENIUS2 MELAYU) mesti diselamatkan untuk SURVIVAL
- sedangkan minda2 rakyat memandang bank2 kecik ini (adalah BANK-BANK MEGA)
- buktinya? anak Melayu yang GENIUS EKONOMI harini sedang memintas dunia seperti kami memintas mereka
- PENCERAHAN ---> Bank Negara Malaysia sedang melepaskan 1 SIGNAL BESAR semalam = 31 May 2011
- Pembuktian_2:
(manusia yang ada NUR CAHAYA di hatinya akan faham bahawa DETIK itu sedang tiba)

/////////////////////////////////////////////////////////////// 
...cahaya berlapis cahaya...
Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya...
kepada NUR hidayahNya itu...
dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal bandingan...
untuk umat manusia...
dan Allah Maha Mengetahui akan setiap sesuatu !!!
[ Al-Quran ]
[ Surah Al-Nur ]
[ Ayat Ke - 35 ]
//////////////////////////////////////////////////////////////
Abu Bakar Ibnu Abi Maryam  melaporkan,
bahawa beliau mendengar Nabi  Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman...
di mana tiada apa yang bernilai...
dan boleh  digunakan oleh umat manusia.
Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan
[ Hadis  dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]
suatu zaman = zaman kita hari ini
///////////////////////////////////////////////////////////////

Al-Quran + Al-Hadis = Dapat Memberitahu Tentang Dunia Akan Datang
Inilah Yang Selama Ini Selama Bertahun2 Pendekar Penyu Menurunkan Ilmu
Ilmu Untuk memahami kenapa dunia hari ini semakin tibai & pelik & misteri,
dan keANEHan ini hanya boleh dipecahkan dengan 2 panduan ini,
iaitu 2 kitab di atas,
sebab itulah Nabi Muhammad pernah pesan umatnya,
kalau kamu berPEGANG pada 2 kitab agung ini,
hidup kamu di akhir zaman tak mungkin SESAT.
Masalahnya...
hampir kebanyakan kamu pegang KITAB ini
tapi masih jugak SESAT sebab apa...(salah 1 nya ialah MALAS buat HOMEWORK)
sebab yang lebih sadis ialah...
sebab kamu makan makanan SEGERA ciptaan PENTERNAK...
kamu tak tahu yang dalam makanan FAST FOOD ini ada sejenis molekul,
sengaja diREKA hanya dengan 1 tujuan iaitu...
fungsi molekul ini untuk memBLOCK minda anda dari meMIKIRkan tanda2 ini,
sebab itulah kenapa...
bila kami mula berCERITA berkenaan tanda2 yang semuanya MENJADI REALITI,
minda kamu semua otomatik melabelkannya sebagai KEBETULAN...
dan paling DRASTIK sekali...
menuduh kami meramal-meramal,
padahal meramal dan mengKAJI adalah 2 perkara berbeza.
sekali lagi kami nak tanamkan dalam minda anda...
meramal dan mengKAJI adalah 2 perkara berbeza.

Wahai sidang pembaca sekalian...
Inilah yang dinamakan...
jaringan matriks Al-Quran & Al-Hadis dengan situasi dunia,
dan lihatlah MUKJIZAT kedua-dua kitab ini,
benar-benar memberikan jawapan
kepada perkara2 misteri yang sedang terjadi,
dan janji kami selama ini telah kami PENUHI di depan mata anda,
iaitu apa ?
Selagi (((Kitab Memintas Al-Masih Dajjal))) belum sempurna sirinya,
selagi itu dan selama itulah anda akan menyaksikan sendiri,
semua hasil kajian kami akan menjadi REALITI di depan mata hidung anda,
sebab itulah tuan-puan...
Jangan pandang remeh semua signal kajian kami lagi...
Sebab kami melepaskan kajian Artikel ini selepas HANYA menapisnya dengan 
Al-Quran & Al-Hadis,
itu sahaja.


////////////////////////////////////////////////////////////////////
Apa maknanya semua ini ?
Maknanya = keluarkan semua duit2 anda dari bank !!!
///////////////////////////////////////////////////////////////////

Kerajaan Digital adalah alat kegemaran Al-Masih Dajjal untuk mentadbir dunia !!!
Ingat slogan yang kami pecahkan selama ini iaitu apa ?
ONE RING TO TO RULE THEM ALL
rujuk asbab difilemkan cerita ---> The Lord Of The Rings
dan kami menepisnya dengan 1 kekebalan iaitu...
ONE FLAG TO RULE US ALL
rujuk ---> INFO pada Page Ini

Artikel Bab 1/2 telah tamat.
Sekian, Terima Kasih.
Dan bertindaklah untuk membeli tanah-tanah di pedalaman...
kerana suasana di bandar adalah yang paling merBAHAYA di saat kedatangan itu tiba.
rujuk artikel kami di ---> (HUTANG)
Pada siri Bab 2/2 yang bakal dilepaskan minggu-minggu hadapan...
kami akan menZAHIRkan tanda2 besar kehadiran SISTEM DUIT DIGITAL
kami akan menZAHIRkan tanda2 besar kehadiran SISTEM KERAJAAN DIGITAL
melalui TEKS & VIDEO pula...
tolong salin semua Artikel kami dan hebahkan SALAM PERINGATAN ini kepada umat Nusantara,
lebih2 lagi kepada mereka2 yang memahami Bahasa MELAYU.
Artikel akan datang akan kami matrikskan perkara berikut:
punca umat TIMUR menjadi KAYA secara tiba2...
- kejatuhan sistem duit kertas adalah RAHMAT untuk umat Timur (bagi mereka yang ikut nasihat kami)
- kehadiran 1 syarikat GERGASI milik anak Melayu yang akan mengKAYAkan umat ISLAM
- artikel akan datang akan membuktikan (why the WORLD will see NUSANTARA)
- kerajaan digital Tanah Melayu akan dipayungi sistem keselamatan DIGITAL ciptaan GENIUS MELAYU
- bayang2 & tanda2 kehadiran kami akan anda nampak di sebalik watak syarikat gergasi ini
- Indonesia akan melepaskan Alter Melayu milik mereka juga dengan "berGABUNG"
- tahun 2011 & tahun 2012 adalah tahun2 terakhir melancong (rujuk Artikel Vatican)
- semua syarikat2 besar Malaysia sedang menDIGITALkan sistem mereka (anda check sendiri betul  tak?)
- setiap rakyat Malaysia wajib ada email yang berpusat ke Cyberjaya (di ambang Kerajaan Digital)
- tolong padam semua gambar2 anda dan nama betul anda, sebelum dunia diSELARI-DIGITALkan.
- rujuk pakar2 internet bagaimana untuk padam gambar2 anda di search engine (walaupun anda dah padam)
- sekiranya KAD TOUCH & GO sudah mampu membeli gula & garam, itu tandanya (sistem duit kertas dahnak jatuh)
- ingat....fungsi duit 1 sen telah dimansuhkan oleh kerajaan Melayu, kat sini adalah tanda2nya...
- perhatikan syarikat2 swasta yang anda kerja sekarang, penggunaan KERTAS semakin kurang
(semua di atas adalah tanda2 kehadiran DUIT DIGITAL & KERAJAAN DIGITAL)


((( SELAMAT DATANG NEW WORLD ORDER )))
 ===============================================
JARINGAN MATRIKS:
- oleh kerana yang menemukan ilmu ini adalah dari anak bangsa anda, anda telah menolaknya
(sambil memaki, menyindir).
- apabila semua kajian terbukti di depan mata,
anda mendiamkannya, sikap anda jauh lebih teruk dari BINATANG,
- yang anehnya,
ilmu Astronomi yang anda tampal ketika berbuka puasa, tidaklah pula anda labelkan sebagai ramalan ?
- kenapa ? sebab minda anda telah dididik dalam "bidang" itu sebagai logik, dan saintifik...
- now, bila kami matrikskan kedudukan Al-Hadis & Al-Quran dengan situasi dunia,
(dengan pantas anda melabelkan sebagai meramal, secara otomatik anda juga labelkan Nabi juga peramal)
- padahal asbab mengaitkan Al-Quran & Al-Hadis lah,
anda takkan sesat dalam jalur lebar dunia moden hari ini.
- manusia-manusia yang gagal mengenal jaringan matriks inilah,
yang PASTI TERUS SESAT LAGI DISESATKAN.
- di saat manusia lain menjalankan peranannya memberi pencerahan,
"anda" pula ligat membantai tanpa sumbangan ?
- di saat kami menjemput Sheikh Imran Hosein
menerangkan METHODOLOGY & EKSKOTOLOGY, mengapa "anda" berdiam pula ?
- di saat Sheikh Imran Hosein diketawakan
ketika mempamerkan hasil kajiannya berkenaan tanda2 akhir zaman...
- di saat kami juga dimaki disindir diperli
bahkan pula ditikam dari dalam hanya kerana kami mempunyai SUPER VISION...
- di ketika itulah perlahan-lahan dunia menyaksikan hasil kajian kami
telah dibuktikan dengan pergerakan MASA.
- mengapa semua hasil kajian kami menjadi kenyataan ???
- dari mana "orang asing & si pelik ini" mendapat berita yang tepat ini ???????????
- jawapannya ----> semuanya terdapat dalam Al-Quran & Al-Hadis
(yang perlu dipecahkan kodnya dengan jaringan matriks hari ini)
- bukan dari mereka yang Allah labelkan sebagai "BINATANG TERNAK"...!!!
- bukan dari mereka yang Sheikh Imran Hosein namakan sebagai "Cattle" ...!!!
- bukan dari mereka yang KAMI labelkan sebagai Goyyim...!!!

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Hati yang gelap asbab masa depan yang HITAM.
Untuk menerangkan hati anda yang asalnya bersih itu, 
anda kena dihadiri dengan NUR CAHAYA,
cahaya ini adalah objek bersih yang boleh menembus ke mana2 sahaja,
ia takkan hadir tanpa dimintak dari pemilik tuannya,
hanya dengan NUR CAHAYA yang diisi Petunjuk Allah,
akan menyebabkan anda berada dalam jalan yang lurus.


NOTA:
Kalaupun anda berpegang pada Al-Quran & Al-Hadis (kononnya),
pegangan anda itu kalau tanpa NUR CAHAYA pemberian Allah,
tetap akan anda berkesudahan dengan keSESATan,
sedangkan anda bermati-matian percaya anda berada dalam jalan kebenaran.


KATA-KATA PRODIGI:
"Yang menggerakkan hati manusia ni ialah Allah,
Allah sendiri bagi nasihat kepada Nabi & semua Rasul-rasulnya...
supaya jangan bersedih kalau ada umatnya yang tak mau ikut jalan mengenal tuhan,
sebabnya yang bagi hidayah & petunjuk itu adalah datang dari Allah...
Allah yang pilih...
tapi ingat, 
untuk dipilih kita kena mintak...!!! "
Nota:
- untuk terpilih sebagai orang yang SESAT, anda tak perlu mintak pun !!!


(jangan jadi Goyyim, Cattle, Binatang Ternak)
FIRMAN ALLAH: 
Dan sesungguhnya...
Kami jadikan untuk neraka jahanam...
banyak dari jin & manusia...
yang mempunyai hati...
tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) !!! ,
dan yang mempunyai mata...
tetapi tidak mahu melihat dengan­nya (bukti keEsaan Allah) !!! ,
dan yang mempunyai telinga...
tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) !!!,
mereka itu seperti BINATANG TERNAK, 
bahkan mereka lebih sesat lagi !!!
mereka itulah orang-orang yang lalai !!!
[Al-Quran]
[Surah Al-A’raf]
[Ayat Ke 179)

=========================================
BUT YET MANY OF YOU ALWAYS DENY !!!
=========================================


Wassalam.
29 Jamadil Akhir 1432
01 Jun 2011
Rabu
11:45 pm
(Melaka Darul Islam, Tanah Melayu, Nusantara)